Ciri-ciri Rumah Subsale Idaman
Antara sebab kenapa rumah subsale sangat popular adalah kerana rumah subsale biasanya lebih murah berbanding projek perumahan baru yang dijual oleh pemaju.
Sebagai pembeli rumah yang bijak, kita perlu beli rumah yang akan memberikan impak positif kepada keluarga dalam jangka masa panjang. Ingat, beli rumah bukan setahun dua sahaja!
Disini, saya share beberapa tips untuk beli rumah subsale berpandukan pengalaman klien dan diri sendiri:
1. Pilih Rumah Berdekatan dengan tempat kerja.
Perjalanan ke tempat kerja seeloknya di bawah satu jam. Paling bagus adalah 20 minit
Satu kajian universiti di England (1) mendapati pekerja yang melalui perjalanan pergi balik melebihi 48 minit menyamakan kesannya dengan dipotong gaji 19%.
Ini kerana kita pergi balik kerja setiap hari. Bayangkan kalau kita ambil masa dua jam sehari untuk pergi balik kerja. Dan bersamaan 10 jam seminggu atau 200 jam sebulan! Bayangkan masa tersebut boleh digunakan untuk meluangkan masa dengan keluarga. Betapa ruginya!
2. Beli rumah "facing open"
Bermaksud tak berdepan rumah lain. Perudaraan lebih elok, lebih privacy dan lebih mudah parking kereta. Tambahan, kalau dijual balik, lebih mudah dijual dan harga lebih tinggi berbanding yang mengadap rumah lain.
3. Betul ke Rumah Subsale Takda Cash-back?
Kalau beli rumah subsale di bawah market value (kena rujuk agent tentang market value), boleh buat mark-up loan untuk dapatkan cash-back. Pastikan buat mark up loan dengan dokumen hitam putih peguam dan jangan buat kesilapan membenarkan duit dari bank terus masuk akaun pemilik rumah. Takut tak dapat balik. Naya!
Kalau ada EPF, boleh keluarkan sebanyak 10% daripada akaun 2. Gunalah cash dengan bijak dan jangan lupa siapkan simpanan 6 bulan kecemasan.
4. Pastikan Rumah Tidak Mengadap Simpang atau T-Junction
Ini kerana dari segi feng shui, tidak elok mengadap T-Junction. Apabila waktu malam, lampu kereta juga mungkin menyuluh terus ke dalam rumah. Bukan itu saja, bila tiba masa untuk jual rumah, pembeli akan menekan harga disebabkan persepsi ini.
5. Pilih Rumah Mengadap Selatan, Utara atau Timur
Pilih rumah yang mengadap Utara atau Selatan untuk elakkan pancaran matahari terus. Atau pilih rumah mengadap timur untuk dapatkan cahaya matahari pagi. Kebiasaannya, rumah yang mengadap barat lebih panas kerana mendapat pancaran matahari terik dari tengahari sampai petang.
6. Beli Rumah Dah Siap "Extend"
Beli rumah dah siap extend untuk dapatkan penjimatan dari segi harga dan masa. Ini kerana kos reno paling tinggi adalah untuk extend dinding rumah. Barang lain dalam rumah boleh ditukar termasuklah kabinet dapur, almari build-in, dan sebarang build in lain. Extension juga bersifat kekal dan menaikkan market value rumah. Pastikan pelan extend ada kelulusan majlis, kalau tidak, harga extend tidak dinilai dalam market value rumah.
7. Jangan Takut Dengan Rumah Buruk
...kalau dapat harga lebih rendah, mempunyai sedikit ciri-ciri di atas dan rangka rumah elok. Kerana di sinilah kita untung. Hiasan dalaman boleh diubah mengikut citarasa, tetapi lokasi dan kualiti binaan susah nak dicari.
Saya harap sharing ini bermanfaat dan dapat membantu anda mendapatkan rumah yang diidamkan.
Jangan lupa share artikel dengan keluarga dan rakan-rakan yang turut mencari rumah idaman!
Comments