top of page
Writer's pictureAdilah Adib

IN DEPTH: Rumah Semi-D Semanja Kajang Garden Homes

Updated: Jan 22, 2023


Semanja Garden Homes terletak di lokasi yang strategik di Kajang, tidak jauh dari perumahan Kajang2 dan TTDI Grove. Sebanyak 122 rumah Semi-D kontemporari akan tersedia di dalam kawasan seluas 19 ekar serta dikelilingi lanskap hijau yang amat tenang.


Luas rumah yang dibina adalah dari 3506 kaki persegi hingga 4080 kaki persegi. Setiap unit mempunyai 4+1 bilik tidur dan 6 bilik mandi. Rumah di Semanja merupakan jenis strata dengan yuran penyelenggaran sebanyak RM0.16psf sebulan.


Semanja Semi-D homes dijadualkan siap pada tahun 2024.


Rumah telah direka dengan ciri-ciri moden sesuai dengan citarasa terkini. Penduduk juga akan mempunyai akses ke clubhouse dalam kawasan yang sama.


Inilah rumah impian Anda: luas, aman, serta mempunyai kebebasan untuk melakukan apa yang Anda inginkan.


KEMUDAHAN DI SEMANJA SEMI D:

- 24 jam sekuriti dan pondok pengawal

- Kolam renang kanak-kanak & dewasa

- Gim

- Dewan serbaguna

- Parcourse

- Gelanggang badminton

- Trek larian


Sehingga Januari 2023, hanya Type D dan Type D premium yang masih ada.


Pelan lantai Semanja Kajang Semi D seperti berikut:

Semanja Kajang Semi D floor plan
Semanja Kajang Semi D floor plan

Rumah di Semanja direka bentuk untuk pemilik yang inginkan taraf hidup tinggi untuk keluarga. Setiap ruang dibina dengan tingkap dan pintu sliding untuk menerapkan pencahayaan semulajadi tanpa penggunaan lampu di siang hari.


Tingkat bawah dibina dengan ketinggian siling 15 kaki untuk tampil lebih mewah dan luas. Dapur pula diasingkan kepada ruang dapur basah dan kering.



5 SEBAB UNTUK MEMILIKI RUMAH SEMANJA:

1. Keselamatan adalah paling utama dalam kawasan berpagar dan 24 jam sekuriti ini.

2. Menyokong gaya hidup moden dan aktif dengan kemudahan di clubhouse dan trek larian.

3. Persekitaran yang bagus untuk keluarga. Keamanan dan privasi dalam kawasan kepadatan rendah.

4. Keselesaan dalam unit besar yang berukuran 40x80 hingga 40x102 kaki, membolehkan keluarga besar dan generasi ibu/ayah untuk tinggal bersama.

5. Pelaburan jangka panjang yang baik dengan hartanah freehold.


Harga di sini bermula RM1.8mil.


Berminat untuk dapatkan maklumat lanjut serta buat lawatan tapak?

Hubungi wakil jualan segera:

ADILAH di whatsapp: Klik sini


Jom tengok video home tour rumah Semanja!



111 views0 comments

Comments


bottom of page